Isu Video Klip Hina Allah – Katy Perry Wajar Digam Sepenuhnya Di Malaysia!


Katy Perry2

Nampaknya, isu mempermainkan kalimah Allah tidak pernah berhenti. Jika sebelum ini isu tersebut hangat diperkatakan di Denmark, kini penyanyi popular antarabangsa, Katy perry pula bagaikan sengaja menimbulkan api kemarahan umat Islam menerusi video klip lagu ‘Dark Horse’.

Video klip berdurasi selama 3:40 minit ini dilihat menggambarkan situasi di era Mesir dahulu kala dimana penyanyi tersebut melakonkan watak seorang raja yang amat berkuasa dan mampu melakukan magis hebat.

Salah satu babak dalam video klip itu memaparkan seorang lelaki memakai rantai dengan kalimah Allah telah disumpah kepada bentuk pasir menggunakan kuasa magis.

seorang lelaki memakai rantai dengan kalimah AllahBabak tersebut seterusnya mengundang kontroversi hangat dalam kalangan umat Islam apabila video ini dianggap menghina kekuasaan Allah SWT.

Banyak lagi cara untuk promosi produk, tapi pendekatan yang digunapakai oleh Katy Perry ini nyata mengundang kemarahan umat Islam.

Susulan itu, satu petisyen untuk memadam video tersebut daripada laman Youtube dilancarkan oleh Shazad Iqbal dari United Kingdom dan telah berjaya mengumpulkan lebih 34 ribu tandatangan dalam tempoh sehari. Kandungan petisyen tersebut berbunyi:

“Bahwa orang-orang dari lapisan yang berbeda dalam kehidupan, agama yang berbeda dan dari bagian-bagian yang berlainan di dunia, bersetuju bahawa video yang menggalakkan kekufuran, dengan menggunakan nama Allah dengan cara yang tidak relevan dan tidak digemari akan dianggap tidak wajar oleh mana-mana agama.”

Pelakon terkemuka tanah air, Tiz Zaqyah juga telah memuatnaik status di laman Twitter semalam dan menyatakan rasa kesalnya mengenai video kontroversi tersebut.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s